Blog (singkatan
untuk web log dalam bahasa Inggeris)
ialah sebuah laman webyang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan
dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanyamakanan, politik,
atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang
tipikal menggabungan teks,imej,
dan pautan ke
dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para
pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri
yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks,
walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio(podcasting), dan merupakan sebahagian
rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan
"web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh
digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk
memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."
Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog,
sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal
Januari 2007 [1]
SEJARAH
Babad, buku Commonplace, buku harian, perzin and persatuan akhbar amaturboleh
dilihatkan sebagai pendahulu-pendahulu blog. Sebelum blog menjadi popular,
terdapat banyak bentuk komuniti-komuniti digital, termasuk:
·
Usenet
·
perkhidmatan komersil dalam talian, seperti GEnie, BiX, dan CompuServeyang awal;
·
senarai emel; [2] dan
·
sistem papan buletin (BBS).
Pada dekad 1990-an, perisian forum internet seperti WebEx mencipta perbualan selari dengan
"bebenang". Bebenang merupakan hubungan topik antara
perutusan-perutusan pada "papan gabus" metafora. Sesetengah orang telah mempersamakan
blog dengan gerakan Mass-Observation yang
diasaskan pada tahun 1937 di United Kingdom.
1983-1990 (Pra-HTTP)
Usenet ialah perantara bersiri yang utama yang terangkum dalam takrif Jaringan Sejagat (WWW)
yang asal. [3] Ia
menonjolkan Kumpulan Berita Tersederhanayang
membenarkan semua pengeposan dikawal oleh seorang individu atau sekumpulan
pengguna yang kecil. Kebanyakan kumpulan berita tersebut hanya merupakan
forum-forum perbualan tersederhana. Bagaimanapun pada tahun1983-94, satu kekecualian,
iaitu mod.ber telah
dicipta, dikendalikan, dan dinamai sempena Brian E. Redman. Secara tetap, Redman dan
beberapa rakannya akan mengeposkan ringkasan pos-pos dan bebenang-bebenang yang
menarik dari laman-laman web yang lain dalam internet.
Dengan gaya penerbitan jurnal bersiri, kehadiran dalam jaringan pra-HTTP, serta
persamaan yang rapat dengan bentuk blog kini yang biasa — ia menonjolkan pautan
ke laman-laman web yang menarik yang dipilih oleh pengguna blog — mod.ber mempunyai
banyak ciri yang biasanya dikaitkan dengan istilah Blog. Walaupun
demikian, mod.bermenamatkan operasinya selepas lebih kurang 8
bulan.
1994–2001
Blog moden berkembang daripada buku-buku harian dalam talian yang
digunakan untuk menyimpan huraian selari tentang kehidupan-kehidupan peribadi
mereka. Kebanyakan penulis ini merujuk kepada diri sendiri sebagai penulis
diari,wartawan,
atau penulis jurnal, dengan sebilangan kecil memanggil diri sendiri sebagai
"eskribisionis" (escribitionist).
Gelang laman web (webring)
Halaman-halaman Terbuka merangkumi ahli-ahli komuniti jurnal dalam
talian. Justin Hall yang menggunakan blog
peribadi sejak dari tahun 1994 ketika
masih belajar di Kolej Swarthmore umumnya dianggap
sebagai salah satu pengguna perintis blog yang awal, [4] bersama-sama Jerry Pournelle.
Bentuk-bentuk jurnal yang lain juga wujud dalam talian. Satu contoh yang
terkenal ialah jurnal John Carmack, seorang pengaturcara permainan.
Jurnalnya yang diterbitkan melalui protokol jari telah dibaca secara
meluas. Laman-laman web, baik laman korporat mahupun laman peribadi, masih kerap kali
menonjolkan bahagian-bahagian "Berita" atau "Berita
Terkini", seringnya di dalam laman utama masing-masing
dan disisihkan mengikut tarikh. Salah satu "weblog" berasaskan berita
ialah Laporan Drudge yang diasaskan
oleh Matt Drudge. Drudge menggelar diri sebagai
pemberita pengingkar walaupun beliau jelas tidak suka akan pengelasan ini. Lagi
satu contoh ialah Institut untuk Ketepatan Awamyang
mula mengeposkan siaran-siaran berita yang menonjolkan petikan-petikan berita
seperenggan daripada laman-laman web yang lain banyak kali seminggu mulai dari
tahun 1998.
Satu contoh pendahulu yang awal yang patut diberikan perhatian ialah laman web
peribadi gurauan Kibo, legenda Usenet yang sentiasa
dikemaskinikan.
Weblog-weblog yang awal hanya merupakan komponen-komponen laman webbiasa
yang dikemaskinikan secara manual. Bagaimanapun, pengembangan alat-alat untuk
memudahkan penghasilan dan pemeliharaan rencana-rencana web yang diposkan
mengikut tertib kronologi terbalik menyebabkan proses penerbitan boleh
dilaksanakan oleh lebih banyak orang yang kurang mahir dari segi keupayaan
teknikal. Ini akhirnya menyebabkan sebuah kelas penerbitan dalam talian yang
terdiri yang menerbitkan apa yang diakui sebagai blog pada hari ini. Umpamanya,
penggunaan perisian berasaskan pelayar kini merupakan suatu aspek
"pemblogan" yang biasa. Blog-blog boleh dihoskan, baik oleh
perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan blog yang
khusus, mahupun melaluiperisian blog, seperti WordPress, Movable Type, blogger atau LiveJournal, atau dalam perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan web yang
tetap sepertiDreamHost.
Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala
singkatannya, "blog," dicipta oleh Peter Merholz yang secara
bermain-main memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we
blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999.[5][6][7] Ini
dengan pantasnya diterima, baik sebagai kata nama mahupun
sebagai "kata kerja" dalam bahasa Inggeris ("to blog,"
bermaksud "mengedit weblog atau mengeposkan perutusan ke dalam
weblog").
Selepas sebuah permulaan yang lambat, pemblogan dengan pantasnya mencapai
kepopularan: laman web Xanga yang dilancarkan pada tahun 1996hanya mempunyai 100
kemasukan menjelang 1997,
tetapi melebihi 20 juta pada bulan Disember 2005. Penggunaan blog
meledak pada tahun 1999 dan
selepas nya, dipopularkan lagi ketibaan-ketibaan hampir serentak alat-alat blog
pengehosan yang awal:
·
Open Diary yang dilancarkan pada
Oktober 1998 tidak
lama kemudian berkembang sehingga beribu-ribu kemasukan dalam talian. Open
Diary membuat pembaharuan kepada ulasan pembaca dan menjadi komunit blog yang
pertama yang para pembaca boleh menambahkan ulasan mereka pada kemasukan blog
penulis yang lain.
·
Brad Fitzpatrick, seorang pengguna blog
yang terkenal memulakanLiveJournal pada bulan Mac 1999.
·
Andrew Smales mencipta Pitas.com pada bulan Julai 1999 sebagai pilihan
yang lebih mudah untuk mengendalikan "laman berita" dalam laman web.
Ini diikuti oleh penciptaan Diaryland pada bulan September 1999 yang lebih
menumpukan pada komuniti diari peribadi. [8]
·
Evan Williams dan Meg Hourihan (Pyra Labs) melancarkan blogger.compada bulan Ogos 1999 (dibeli
oleh Google pada
bulan Februari 2003).
Pemblogan menggabungkan laman web peribadi dengan alat-alat untuk
memudahkan perpuatan ke halaman-halaman dalam talian. — khususnyapermalink, blogroll dan TrackBack. Ini, bersama-sama dengan enjin carian blogmembolehkan
pengguna blog untuk menjejaki bebenang-bebenang yang menghubungkan mereka
kepada orang-orang lain yang mempunyai minat yang sama.
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar